"Kuih Bahulu ini merupakan kuih tradisional orang Melayu dari zaman dahulu. Masa dahulu untuk membuat kuih bahulu mengambil masa yang lama dari kerja penyediaan adunan hingga proses pembakarannya.
Kuih Bahulu telah menjadi menu utama di dalam hidangan masyarakat Melayu pada hari-hari perayaan atau pada majlis-majlis kebesaran, seperti Hari Raya dan Majlis Perkahwinan. Kemampuan menyediakan kuih bahulu yang baik dari segi rupa dan citarasa menjadi kebanggaan seseorang individu kerana ianya menjadi tumpuan kepada penggemar kuih bahulu."
Asal usul nama BAHULU
Mengikut sejarah orang-orang dahulu, perkataan BAHULU atau BAULU adalah datang dari frasa "buah tangan daru hulu". Ini kerana orang-orang dahulu menggunakan pengangkutan air sebagai jalan utama. Oleh kerana ketinggian budi orang Melayu, mereka sangat menghormati jiran tetangga dan saudara mara. Kuih bahulu dijadikan buah tangan dan menjadi medium pengerat hubungan sesama mereka.
Tentang BAHULU
Bahulu berbentuk ikan antara inovasi dan pembaharuan yang berjaya dilaksanakan terhadap kuih bahulu